Lawatan Doktor dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) & Jabatan NADI MCMC
16 November 2024 | Aktiviti Terkini15 November 2024 (Jumaat) – Pada jam 2.00 petang, NADI Presint 9 Fasa 3 telah menerima kunjungan lebih kurang 30 orang tetamu iaitu doktor-doktor dari KKM, Jabatan NADI MCMC, Maxis, MRIC Healthcare, dan Sprintz Designs. Kunjungan mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Perkhidmatan Pintar yang telah dilancarkan bermula bulan Julai pada tahun ini. Puan Sarah selaku pengurus NADI Presint 9 Fasa 3 telah membentangkan sesi penerangan slide kepada para tetamu yang hadir. Petugas daripada NADI Putrajaya yang lain turut turun padang bagi membantu agar program tersebut berjalan dengan lancar.
Antara Perkhidmatan Pintar yang disediakan di setiap NADI khususnya perkhidmatan saringan kesihatan. Perkhidmatan kesihatan yang disediakan adalah seperti pemeriksaan Body Mass Index (BMI), pemeriksaan gula serta pemeriksaan tekanan darah. Pemeriksaan kesihatan secara percuma ini merupakan salah satu insiatif kerajaan dan perkhidmatan pintar yang disediakan khusus untuk komuniti setempat. Komuniti hanya perlu mendaftar menjadi ahli di NADI sahaja untuk memperoleh keistimewaan ini secara percuma. Diharapkan inisiatif ini dapat membantu komuniti disini yang rata-ratanya merupakan penjawat awam untuk mendapatkan akses kesihatan lebih baik.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: